Berita hangat.

Khamis, 2 September 2010

Menengah 3: Penilaian filem Hang Tuah

Filem arahan Phani Majumdar ini tidak pernah lekang mencuit hati dan perasaan penonton apabila mengimbas semula kisah kontroversial antara dua orang teman sejati, Tuah dan Jebat. Perdebatan antara dua pegangan berbeza pasti menggoncang jiwa dan minda setiap anak Melayu terutama sekali apabila ditanyakan soalan tentang siapakah yang benar. Meskipun sudah beribu tahun kisah lagenda ini, persoalannya tetap segar dan wujud dalam situasi harian setiap manusia Melayu. Adakah kebenaran itu satu persepsi atau sesuatu yang hakiki?

Siapakah yang bersalah? Tuah atau Jebat?

Berikut adalah antara pandangan yang baik.



Natasha & Ufairah 3E3

Saya berasa Hang Tuahlah yang bersalah dalam hal ini. Ini kerana Hang Tuah yang telah melakukan kemungkaran tetapi sayangnya, Hang Jebat menerima padahnya. Hang Tuah telah melakukan kemungkaran dengan berjumpa dengan Melur, dayang istana, lalu dia telah dihukum bunuh oleh Sultan. Namun, Hang Tuah tidak mati kerana disembunyikan oleh Bendahara. Hang Jebat pula memberontak setelah mengingatkan yang Hang Tuah yang taat itu telah mati. Dia mengamuk kerana ingin menuntut bela atas kematian rakannya. Sayangnya, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah yang tidak berterima kasih atas pembelaan kawannya itu.





Siti Nurulhuda 3E2

Pada pendapat saya, kedua-duanya bersalah. Bak pepatah Melayu, bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak berombak lalu ia membuktikan bahawa tiada manusia yang sempurna. Jebat bersalah kerana tidak mengenal baik buruk dalam matlamatnya menegakkan kebenaran. Dia bertindak terlalu mengikut emosi sehingga sanggup mendurhaka dan menganiaya orang ramai. Tuah pula mengikut perintah raja bagaikan si buta. Baik buruk, tidak dipertimbangkan asalkan dia taat kepada sultan. Hang Tuah sebenarnya boleh berbincang baik-baik dengan Hang Jebat, kawan setianya itu,daripada membunuh sahaja. Akhirnya, dia yang kesal. Kedua-duanya bersalah.



Muhd Ameeraz 3E2

Tiada sesiapa yang bersalah kerana mereka semua ialah mangsa keadaan. Tuah terlalu sayangkan Sultan dan dia hanya menjalankan tanggungjawabnya demi bangsa dan negara. Meskipun dia terpaksa membunuh rakan karibnya, titah Sultan patut dijunjung kerana pantang pahlawan Melayu menderhaka kepada Sultan. Bagi Jebat pula, niat beliau untuk menegakkan keadilan baik tetapi perbuatannya salah. Jebat sebenarnya berdendam dengan Sultan kerana bersikap tidak adil kepada Hang Tuah yang begitu taat. Jebat tidak tahan mengawal emosi lalu menderhaka. Justeru, setiap pahlawan Melaka itu bertindak mengikut pegangan masing-masing dalam situasi yang tertekan.



Rowenny 3E3

Hang Jebat bersalah kerana membiarkan dendam dan emosinya mengaburi niatnya untuk menegakkan keadilan. Tergamak beliau membunuh ramai orang yang tidak bersalah dan mengusir Sultan daripada istana. Apa yang dilakukannya itu telah memuat ramai orang marah dan benci kepada Hang Jebat lalu beliau digelar penderhaka. Hang Tuah pun bersalah kerana bersembunyi dan membiarkan Hang Jebat memberontak untuk membalas dendam atas ketidakadilan sultan. Hang Tuah juga seorang yang mementingkan diri sendiri. Dia sanggup menipu Tun Teja supaya Tun Teja dapat dijadikan permaisuri sultan.



Siti Nadirah 3E2

Hang Tuah yang bersalah. Dia terlalu mengikutkan perintah Sultan dan tidak mementingkan diri serta orang lain kecuali Sultan. Hang Tuah tidak ada pendirian melainkan menjadi hamba kepada Sultan. Walaupun permintaan Sultan salah, dia turutkan sahaja seperti keinginan Sultan untuk berkahwin dengan tun Teja yang sudah menjadi tunangan orang. Sanggup Hang Tuah membuat Tun Teja jatuh hati kepadanya agar dapat dibawa lari untuk dijadikan permaisuri Sultan. Kalau Hang Tuah kawan sejati, biarpun dia disembunyikan oleh Bendahara, sepatutnya dia tetap memberitahu kawan-kawannya yang dia masih hidup. Disebabkan kesilapan Tuah, Hang Jebat mengamuk kerana patah hati atas kematian kawannya yang taat itu. Ini semua tidak akan terjadi kalau Hang Tuah jujur kepada teman-temannya.



Azuratasha 3E3

Hang Jebat yang bersalah. Dia tidak patut bertindak terlalu mengikut emosinya kerana akhirnya dia telah menyusahkan Hang Tuah. Sebagai teman, Hang Jebat sepatutnya tahu apa yang tidak disukai oleh Hang Tuah iaitu menderhaka kepada Sultan. Ibu Hang Tuah pun telah memberi amaran kepada Hang Jebat tetapi Hang Jebat tidak hiraukan. Apabila Hang Jebat menderhaka, Hang Tuah terpaksa membunuh kawannya biarpun ia tugas yang berat. Biar Hang Jebat berniat baik tetapi dia telah melakukan disa besar dengan membunuh ramai orang dan merampas hak Sultan. Hang Tuah dan Hang Jebat dua orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi prinsip mereka seperti pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Namun Hang Tuah bertindak benar sementara Hang Jebat bertindak salah.



Soalan-soalan Cepu Emas

1. Siapakah yang benar-benar bersalah dan patut dihukum?
2. Jebat seorang sahabat yang sejati. Buktikan.
3. Tuah bagaikan dian membakar diri. Buktikan.

Sudahkah kamu mengundi siapakah yang benar? Tuah atau Jebat?

Isnin, 1 Mac 2010

MOE EXCEL FEST 2010

a href="http://www.123glitter.com" title="Myspace Graphics" >Myspace Graphics





Datanglah bersama keluarga, teman dan saudara untuk memberi sokongan kepada program yang dijayakan oleh kamu sendiri, pelajar FTPSS.

Tarikh: Sabtu, 6 Mac 2010
Tempat: Suntec City Exhibition & Convention Centre
Waktu: 9 pg hingga 8 mlm

Selasa, 30 Jun 2009

Ujian Oral Peringkat O

PENTING



Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Lihat nama di papan tulis di foyer sekolah.
Pastikan kamu kelihatan kemas dalam pakaian sekolah.
Bawa Kad Pengenalan & Surat Pengesahan Peperiksaan.
Kamu harus melaporkan diri kepada Madam Goh atau Madam Tan di dewan sekolah tepat pada pukul 1.45 ptg.

Senarai nama pelajar yang menduduki peperiksaan pada tarikh:-
1. Jumaat, 3 Julai 2009
Lenny, Natasha Banu, Rozianah Kambali, Zafir, Ennis, Fithri, Zulqisti, Jaffer, Fahmi, Ilyas, Raudhah, Rosziana Bibi, Amin, Azrul dan Rinawati.

2. Selasa, 7 Julai 2009
Eka, Mariana, Fazil, Firman, Nurayan, Ashiqin dan Nabiilah.

Semoga maju jaya.

Cikgu Liza, Cikgu Syarifah & Cikgu Fendi.