Berita hangat.

Khamis, 2 September 2010

Menengah 3: Penilaian filem Hang Tuah

Filem arahan Phani Majumdar ini tidak pernah lekang mencuit hati dan perasaan penonton apabila mengimbas semula kisah kontroversial antara dua orang teman sejati, Tuah dan Jebat. Perdebatan antara dua pegangan berbeza pasti menggoncang jiwa dan minda setiap anak Melayu terutama sekali apabila ditanyakan soalan tentang siapakah yang benar. Meskipun sudah beribu tahun kisah lagenda ini, persoalannya tetap segar dan wujud dalam situasi harian setiap manusia Melayu. Adakah kebenaran itu satu persepsi atau sesuatu yang hakiki?

Siapakah yang bersalah? Tuah atau Jebat?

Berikut adalah antara pandangan yang baik.



Natasha & Ufairah 3E3

Saya berasa Hang Tuahlah yang bersalah dalam hal ini. Ini kerana Hang Tuah yang telah melakukan kemungkaran tetapi sayangnya, Hang Jebat menerima padahnya. Hang Tuah telah melakukan kemungkaran dengan berjumpa dengan Melur, dayang istana, lalu dia telah dihukum bunuh oleh Sultan. Namun, Hang Tuah tidak mati kerana disembunyikan oleh Bendahara. Hang Jebat pula memberontak setelah mengingatkan yang Hang Tuah yang taat itu telah mati. Dia mengamuk kerana ingin menuntut bela atas kematian rakannya. Sayangnya, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah yang tidak berterima kasih atas pembelaan kawannya itu.





Siti Nurulhuda 3E2

Pada pendapat saya, kedua-duanya bersalah. Bak pepatah Melayu, bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak berombak lalu ia membuktikan bahawa tiada manusia yang sempurna. Jebat bersalah kerana tidak mengenal baik buruk dalam matlamatnya menegakkan kebenaran. Dia bertindak terlalu mengikut emosi sehingga sanggup mendurhaka dan menganiaya orang ramai. Tuah pula mengikut perintah raja bagaikan si buta. Baik buruk, tidak dipertimbangkan asalkan dia taat kepada sultan. Hang Tuah sebenarnya boleh berbincang baik-baik dengan Hang Jebat, kawan setianya itu,daripada membunuh sahaja. Akhirnya, dia yang kesal. Kedua-duanya bersalah.



Muhd Ameeraz 3E2

Tiada sesiapa yang bersalah kerana mereka semua ialah mangsa keadaan. Tuah terlalu sayangkan Sultan dan dia hanya menjalankan tanggungjawabnya demi bangsa dan negara. Meskipun dia terpaksa membunuh rakan karibnya, titah Sultan patut dijunjung kerana pantang pahlawan Melayu menderhaka kepada Sultan. Bagi Jebat pula, niat beliau untuk menegakkan keadilan baik tetapi perbuatannya salah. Jebat sebenarnya berdendam dengan Sultan kerana bersikap tidak adil kepada Hang Tuah yang begitu taat. Jebat tidak tahan mengawal emosi lalu menderhaka. Justeru, setiap pahlawan Melaka itu bertindak mengikut pegangan masing-masing dalam situasi yang tertekan.



Rowenny 3E3

Hang Jebat bersalah kerana membiarkan dendam dan emosinya mengaburi niatnya untuk menegakkan keadilan. Tergamak beliau membunuh ramai orang yang tidak bersalah dan mengusir Sultan daripada istana. Apa yang dilakukannya itu telah memuat ramai orang marah dan benci kepada Hang Jebat lalu beliau digelar penderhaka. Hang Tuah pun bersalah kerana bersembunyi dan membiarkan Hang Jebat memberontak untuk membalas dendam atas ketidakadilan sultan. Hang Tuah juga seorang yang mementingkan diri sendiri. Dia sanggup menipu Tun Teja supaya Tun Teja dapat dijadikan permaisuri sultan.



Siti Nadirah 3E2

Hang Tuah yang bersalah. Dia terlalu mengikutkan perintah Sultan dan tidak mementingkan diri serta orang lain kecuali Sultan. Hang Tuah tidak ada pendirian melainkan menjadi hamba kepada Sultan. Walaupun permintaan Sultan salah, dia turutkan sahaja seperti keinginan Sultan untuk berkahwin dengan tun Teja yang sudah menjadi tunangan orang. Sanggup Hang Tuah membuat Tun Teja jatuh hati kepadanya agar dapat dibawa lari untuk dijadikan permaisuri Sultan. Kalau Hang Tuah kawan sejati, biarpun dia disembunyikan oleh Bendahara, sepatutnya dia tetap memberitahu kawan-kawannya yang dia masih hidup. Disebabkan kesilapan Tuah, Hang Jebat mengamuk kerana patah hati atas kematian kawannya yang taat itu. Ini semua tidak akan terjadi kalau Hang Tuah jujur kepada teman-temannya.



Azuratasha 3E3

Hang Jebat yang bersalah. Dia tidak patut bertindak terlalu mengikut emosinya kerana akhirnya dia telah menyusahkan Hang Tuah. Sebagai teman, Hang Jebat sepatutnya tahu apa yang tidak disukai oleh Hang Tuah iaitu menderhaka kepada Sultan. Ibu Hang Tuah pun telah memberi amaran kepada Hang Jebat tetapi Hang Jebat tidak hiraukan. Apabila Hang Jebat menderhaka, Hang Tuah terpaksa membunuh kawannya biarpun ia tugas yang berat. Biar Hang Jebat berniat baik tetapi dia telah melakukan disa besar dengan membunuh ramai orang dan merampas hak Sultan. Hang Tuah dan Hang Jebat dua orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi prinsip mereka seperti pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Namun Hang Tuah bertindak benar sementara Hang Jebat bertindak salah.



Soalan-soalan Cepu Emas

1. Siapakah yang benar-benar bersalah dan patut dihukum?
2. Jebat seorang sahabat yang sejati. Buktikan.
3. Tuah bagaikan dian membakar diri. Buktikan.

Sudahkah kamu mengundi siapakah yang benar? Tuah atau Jebat?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SERI ZUR AIN 3E3

1. Siapakah yang benar-benar bersalah dan patut dihukum?

Pada pendapat saya, Hang Jebat yang salah . Jebat bersalah kerana tidak mengenal baik buruk dalam matlamatnya menegakkan kebenaran. Dia bertindak terlalu mengikut emosi sehingga sanggup mendurhaka dan menganiaya orang ramai.

2.Jebat seorang sahabat yang sejati. Buktikan.

Pada pendapat saya , dia kawan yang setia kerana dia memberontak kerana nasib malang kawannya , Hang Tuah . Dia membuat begitu kerana dia mahu keadilan untuk kawannya .

3.Tuah bagaikan dian membakar diri. Buktikan.

Dia sanggup membunuh kawanya , Hang Jebat demi Sultan . Walaupun dia dan Hang Jebat sudah lama berkawan , dia tetap membuat apa yang disuruh oleh Sultan .

Tanpa Nama berkata...

Natasha Imran 3e3
1. Pada pendapat saya , Hang Tuah yang bersalah dalam hal ini. Ini kerana Hang Tuah yang menimbulkan masalah tetapi Hang Jebat yang menjadi mangsa keadaan.
2. Hang jebat adalah seorang sahabat sejati, dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk membela rakannya meskipun dia tahu akibatnya jikalau dia memberontak terhadap sultan. Namun., dia tetap mahu membelai rakannya.
3. Hang Tuah adalah seorang yang taat kepada sultannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh sultan. Dia sanggup membunuh rakannya, Hang Jebat yang bagaikan seorang adik kepadanya kerana ia adalah arahan Sultan .

Tanpa Nama berkata...

1) Pada pendapat saya , Sultan yang bersalah kerana dia tidak menyelidik siapa yang benar dan mengapa Hang Tuah berjumpa dengan Melur . Dia bertindak terlalu mengikut emosi tanpa mengambil tahu perkara yang sebenar .
2) Hang Jebat ialah seorang sahabat yang sejati kerana dia sanggup menegakkan keadilan untuk Hang Tuah walaupun dia tahu apa yang sedang dilakukannya salah . Dia juga rela mati di tangan Tuah , buktinya ialah dia memberi Taming Sari kepada Tuah untuk membunuhnya .
3) Hang Tuah bagaikan membakar diri kerana dia sanggup memutuskn hubungannya bersama Melur untuk Sultan . Dia juga sanggup membunuh kawan rapatnya hanya kerana mengikut perintah Sultan .

Nur Ufairah , 3E3 .

Tanpa Nama berkata...

Siapakah yang benar-benar
bersalah dan patut dihukum?

Sultan yang benar-benar bersalah. Sultan bersikap tidak adil kepada menteri-menterinya. Dia sering mendengar Hang Tuah. Dia memberi semua tumpuan-tumpuannya kepada Hang Tuah dan tidak kepada menteri-menteri lain.

Jebat seorang sahabat yang sejati. Buktikan.

Jebat seorang sahabat yang sejati kerana dia sanggup menggadaikan nyawanya apabila dia mendapat tahu bahawa Hang Tuah telah dibunuh atas perintah Sultan. Dia menyerang Sultan untuk membalas demdamnya kerana membunuh kawan baiknya, Hang Tuah.

Tuah bagaikan dian membakar diri. Buktikan.

Tuah bagaikan dian membakar diri kerana dia sanggup membunuh kawan baiknya, Hang Jebat, demi Sultan. Dia sanggup membunuh kawan baiknya untuk menunjukkan ketaatannya terhadap Sultan.

Muhammad Azran Bin Abdul Aziz 3E3

Tanpa Nama berkata...

1.pateh karma wijaya yang betul-betul bersalah. dia telah menjadi dalang kepada semua masalah ini. dia terlalu berdendam kepada hang tuah dan telah menggunakan melur untuk membalas dendam kepada hang tuah. jikalau dia tidak mununjukkan sultan yang hang tuah berjumpa dengan melur, hang tuah tidak akan dihukum bunuh.
2.dia sanggup melakukan apa saja demi hang tuah. dia sanggup korban diri sendiri untuk membela hang tuah. dia menderhaka kepada sultan dan juga membunuh orang-orang melaka ini semua kerana ingin membela kematian hang tuah.
3.hang tuah turuti semua perintah dan arahan sultan tanpa memikirkan tentang dirinya sendiri. walaupun arahan sultan itu sukar untuk dilaksanakan, dia akan tetap melakukannya. misalnya dia tidak jatuh cinta kepada tun teja kerana dai ingin sultan mengahwini dengan tun teja dan menjadikannya permaisuri di melaka.

nursyahirah rosman 3e2

Tanpa Nama berkata...

actul1. Jebat betul-betul bersalah. Walaupun dia marah kepada sultan yang menghukum Tuah, dia tidak harus pancung orang yang tidak bersalah.

2. Ya, kerana dia melindungi sahabatnya yang telah dibunuh tanpa usul periksa. Ini menunjukkan bahawa dia seorang sahabat yang baik.

3. Ya, Sultan menyakinkan dia untuk bunuh kawan yang baiknya dan dia mengikut perintahnya dan tidak menanyakan soalan kenapa. Dia sanggup hilang kawan untuk Sultan.

Tiara
3E1

Tanpa Nama berkata...

1. Pada pendapat saya,sultan yang bersalah.beliau menjatuhkan hukuman mati kepada hang tuah tanpa mengusul periksa perkara sebenar yang berlaku.

2. Bukti hang jebat seorang sahabat yang sejati terletak di babak apabila hang jebat ingin membalas dendam kerana hang tuah dibunuh secara kejam.Beliau ingin membalas dendam kepada pengkhianat-pengkhianat yang telah membunuh ketua kumpulannya.

3. Hang tuah sanggup mebunuh sahabatnya hang jebat untuk sultan.ini menunjukkan bahawa hang tuah sanggup melakukan apa ashaja yang diperintahkan oleh sultan dan dia amat menyayangi sultan.dari itu,hang tuah bagaikan dian membakar diri. Muhd Ameeraz(3e2)

Tanpa Nama berkata...

1.Siapakah yang betul-betul salah?
Hang Jebat. Hang Jebat terlalu mengikuti emosi dan telah menyusahkan ramai orang sehingga kawin karibnya, Hang Tuah, yang dia sepatutnya menolong, terpaksa membunuhnya.

2.Hang Jebat seorang sahabat yang sejati. Buktikan.
Ya kerana Hang Jebat sanggup menderhaka Sultan untuk membalas dendam untuk Hang Tuah.

3.Hang Tuah bagaikan dian membakar diri. Buktikan.
Ya. Hang Tuah sanggup membuat apa-apa pon untuk Sultan sehinggalah dia terpaksa membunuh kawannya yang dia anggap sebagai adik sendiri, si Hang Jebat. Dia pon akan jumpa kekasihnya walaupun dia tahu akibatnya.
Nur Azuratasha 3E3 :)

Tanpa Nama berkata...

1. Sultan yang bersalah kerana menjatuhkan hukuman, kepada Hang Tuah tanpa usul periksa. Jika, Sultan tahu akan kebenarannya pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Hang Jebat juga tidak akan mengamok dan membunuh rakyat-rakyat yang tidak bersalah.

2. Jebat tahu yang Tuah tidak bersalah. Dan dia ingin menegakkan kebenaran. Tetapi, dia memberontak dan menggunakan cara yang ganas untuk meneggakkan kebenaran. Jebat tahu bahawa Tuah telah diperangkap oleh Pateh Karma Wijaya, kerana mereka iri hati terhadap Tuah.

3. Dia membunuh kawan baiknya sendiri, Jebat. Dia hanya mengikut titah Sultan dan tidak fikir tentang dirinya sendiri atau sesiapa pun. Dia taat kepada sultan dan tidak menghiraukan apa-apa akibat yang akan terjadi keatasnya.

Nadirah

Tanpa Nama berkata...

1) Pada pendapat saya, Sultan yang bersalah. Ini disebabkan bahawa dia menjatuhkan hukuman mati kepada Hang Tuah. Dia tidak menyiasat dahulu jikalau Hang Tuah difitnah dan terus menjatuhkan hukuman itu. Sebagai seorang Sultan, dia harus membuat perbuatan tersebut dengan sebab-sebab yang tertentu.

2) Hang Jebat memang seorang sahabat yang sejati. Ini disebabkan dia berniat untuk membalas dendam untuk Hang Tuah yang telah dijatuh hukuman mati dengan sebab yang tidak sesuai. Hang Jebat tahu akibat-akibatnya jika dia membantang peraturan-peraturan Sulatan dan Istana. Tetapi, dia tidak peduli dan terus membalas dendam untuk Hang Tuah. Ini menunjukkan bahawa Hang Jebat ialah kawan yang sejati.

3) Ini benar sebab dia telah membuat banyak perkara yang diperintah oleh Sultan untuk menunjuk taatnya kepada Sultan. Dia melakukan semua perkara itu dengan penuh taat walaupun diberi perkara seperti membunuh kawannya, Hang Jebat. Ini menunjukkan bahawa Hang Tuah bagaikan dian membakar diri.

Muhd Syafiq Bin Awnag
3E3

Tanpa Nama berkata...

Sultan orang betul-betul salah kerana dia telah menghukum Hang Tuah dengan tidak menyiasat hal yang sebenar.Dia hanya mendengar penjelasan daripada Pateh Karma Wijaya.sultan juga telah menjadi sultan yang berat sebelah kerana dia hanya pentingkan Hang Tuah lalu tidak menghiraukan pembesar-pembesar yang lain.
Hang Jebat seorang sahabat yang sejati kerana dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Hang Tuah.Dia telah mencari Sultan untuk membalas atas kematian Hang Tuah yang tidak adil itu.
Hang Tuah sanggup mengorbankan dirinya semata-mata untuk menjadi taat kepada Sultannya.Dia sanggup mati hanya untuk Sultan.Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh Sultan dan ini termasuk membunuh sahabatnya yang selama ini telah dianggap sebagai darah dagingnya sendiri

Shafika_3e3

Tanpa Nama berkata...

1. Sultan. Dia telah menjatuhkan hukuman terhadap Hang Tuah tanpa usul periksa. Kepercayaannya terhadap Pateh Karma Wirjaya terlalu dalam hinggakan dia sanggup membunuh seorang yang amat setia kepada Sultan dan negeri.

2. Iya, ini kerana dia ada pendirian diri yang tegap dan sanggup melindungi hak Tuah dengan membunuh rakyat dan mengusir Sultan. Ini menunjukkan bahawa dia adalah seoran kawan yang sejati.

3. Iya, dia mengikut perintah Sultan tanpa usul periksa kenapa dan membunuh kawan baiknya. Dia sanggup kehilangan kawan daripada memberontak Sultan.

Lyana 3e2

Tanpa Nama berkata...

1) Dalam filem Hang Tuah , saya berasa bahawa Hang Tuah yang betul-betul bersalah .

2) Hang Jebat ternyata memang seorang sahabat yang sejati . Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas dendam terhadap Sultan yang disangkakan telah membunuh Hang Tuah dan yang suka memilih kasih itu . Hang Jebat juga sanggup mengorbankan nyawanya kepada Hang Tuah yang ingin melaksanakan perintah Sultan . Hang Jebat rela mati daru melihat sahabatnya dihukum mati lagi .

3) Berkorban apa sahaja . Harta ataupun nyawa . Inilah frasa-frasa yang telah disampaikan oleh Hang Tuah dalam filem ini kepada Tun Teja . Hang Tuah sanggup mengatasi segala rintangannya untuk membawa pulang Tun Teja untuk berkahwin dengan Sultan . Dia sanggup pergi ke Pahang keseorangan , dan membawa pergi Tun Teja bersamanya . Disebabkan ketaatannya terhadap Sultan , kasih sayangnya hanya untuk Sultan dan negaranya .

fatin (: 3E3

Tanpa Nama berkata...

1.Yang betul-betul bersalah ialah Pateh karma Wijaya.Pateh Karma Wijaya membuat perangkap terhadap Hang Tuah dan Melur,ia membuat Melur seperti umpan.Melur dijadikan dayang sultan dan dayang Sultan tidak boleh diganggu oleh orang lain kerana ia adalah milik Sultan.Tetapi,ketika Sultan mengetahui bahawa Hang Tuah telah berjumpa Melur di belakng sepengetahuan Sultan.Pateh Karma Wijaya telah merancangkan kejadian ini untuk membuat Sultan marah dan maenghukum Hang Tuah.

2.Hang Jebat ialah seorang sahabat yang sejati.Hang Jebat membela kebenaran untuk Sahabatnya, Hang Tuah.Hang Jebat memberontak dan mengusir Sultan Melaka dari istananya, dan juga membunuh orang ramai.Hang Jebat ialah sahabat yang sejati kerana ia mengorbankan dirinya sendiri demi membela kebenaran Hang Tuah.

3.Hang Tuah mengorbankan sagalanya demi ketaatannya terhadap Sultan,termasuk persahabatannya dengan Hang Jebat.Ia membunuh Hang Jebat kerana itu adalah perintah dari Sultan kerana Hang Jebat yang telah memberontak di istana.

Rowenny
3e3

Tanpa Nama berkata...

1) Pada pendapat saya, Sultanlah yang bertanggungjawab untuk apa-apa yang terjadi. Ini kerana dia hanya menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat. Sultan tidak mengenang jasa Tuah kerana Tuah telah pun membawa balik Tun Teja untuk berkahwin dengan Sultan. Meskipun begitu, Sultan langsung tidak menyiasat siapa yang salah dan siapa yang betul. Dia tidak terfikir bahawa Tuah telah berbuat baik kepadanya untuk membawa pulang Tun Teja dan dia dengan serta-merta, menghukum Tuah tanpa menyiasat. Sultan yang bersalah.

2)Hang Jebat seorang sahabat yang sejati. Hang Jebat cuba untuk menyelamatkan Melur apabila dia terdengar suara Melur di bilik Pateh Karma Wijaya kerana dia tahu bahawa sahabatnya, Tuah menyayangi Melur dan tidak mahu apa-apa untuk terjadi padanya. Bukan itu sahaja, apabila Jebat mendapat tahu bahawa Tuah sudah dibunuh, dia menunjukkan emosi dan menunjukkan kesalahan Sultan dengan membunuh rakyat-rakyat. Itu kerana dia menyintai sahabatnya dan dia tidak kisah akan apa yang akan terjadi walaupun dia tahu akibatnya.

3) Hang Tuah dian membakar diri. Walaupun dia sangat menghargai persahabatan dia dengan Jebat, untuk cintanya kepada Sultan dan untuk bertaat setia pada Sultan, dia korbankan persahabatannya. Itu semua demi Sultan. Bukan itu sahaja, demi Sultan dan undang-undang istana dia korbankan cintanya pada Melur kerana dia tahu apa akibatnya jikalau dia masih tetap bercinta dengan Melur. Oleh itu, Tuah bagaikan dian membakar diri.

Siti Nurulhuda Bte Mohd Yusoff
3E2

Tanpa Nama berkata...

1)Sultanlah yg betul-betul bersalah kerana pada mulanya dia telah melantik hang Tuah sebagai hulu-balang istana dan hang Tuah telah banyak berbakti kepada negaranya, tetapi apabila sultan mendapat tahu hang Tuah telah menderhakanya sultan terus menjatuhkan hukuman tanpa asul periksa. Sultan sepatutnya menanyakan kepada hang Tuah dahulu kerana hang Tuah tidak mungkin berbohong, Hang Tuag sanggup melakukan apa sahaja untuk berbakti kepada negaranya. Namun Sultan terlalu mementingkan kemurkaannya dan kepentingan dirinya sendiri. Sultan sanggup menghukum berat hang Tuah yang telah banyak menolong dan berbakti kepada negara. Disebabkan itu hang Jebat mahu menuntut keadilan kerana tidak suka akan tindakkan sultan menjatuhkan hukuman berat kepada sahabatnya tanpa usul periksa, namun cara hang Jebat menuntut keadilan dengan melalukan perkara yang jahat adalah salah. Apabila berlakunya keadaan sedemikian barulah sultan menyedari akan kehilangan hang Tuah dan betapa pentingnya hang Tuah kepadanya dan juga negaranya. Kesedaran sultan telah memberi ruang untuk datuk Bendahara memberitahu perkara yang sebenar bahawa hang Tuah belum dijatuhkan hukuman berat. Sultan lantas mentitah hang Tuah untuk menghapuskan hang Jebat. Hang Tuah sanggup menghapuskan sahabatnya demi sultan dan juga negaranya.

2)Hang Jebat sanggup menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang disangkakan telah meninggal dipancung. Tindakkan sultan telah membuat api kemarahannya naik mengunung. Namun kemarahannya memakan diri sendiri.

3)Hang Tuah sanggup mengorbankan mengorbankan perasannya dan dirinya demi cintanya kepada negara dan taat setianya kepada sultan. Dia sanggup menipu Tun Teja yang telah jatuh hati kepadanya demi sultan. Dia telah mengorbankan perasannya kapada Melur demi sultan juga. Dia tidak mahu menderhaka kepada sultan lantas mengetepikan perasannya dan Mengendahkan cinta Melur kepadanya.

Noralisa_3E2 ...