Berita hangat.

Isnin, 6 Oktober 2008

Contoh karangan dialog

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Ini merupakan karangan dialog terbaik bagi peperiksaan Prelim Peringkat 'O' tahun ini. Anda boleh gunakan sebagai panduan. Syabas Rozianah Kambali kerana kegigihan awak dalam bahasa Melayu dan kesudian awak untuk berkongsi.

Lelaman: melayukreatif.blogspot.com atau lihat pautan karangan.
* pastikan ada pemerengganan yang baik, contoh kurang tepat pemerengganan kerana masalah blog*

Rabu, 10 September 2008

Latihan Karangan Bahagian A 3E/3HMT

Pelajar-pelajar 3E/3HMT,

Kamu dikehendaki membaca dokumen soalan di bawah dan artikel yang cikgu pautkan. Pilih salah satu soalan dan gunakan artikel cyberita yang telah dipautkan sebagai bahan rujukan dan pemahaman. Ingat, karangan yang baik adalah karangan yang berjaya memberikan maklumat yang lebih daripada yang diinginkan serta penggunaan bahasa yang baik. Tuliskan karangan kamu dalam kertas atau mswords dan hantarkan pada saya secepat mungkin melalui guru penjaga. Kamu juga dikehendaki menaipkan butiran tersebut (pilih salah satu):
1. surat kiriman - 3 bukti kelemahan Baybeats dan 3 cadangan membuat rakyat Singapura cinta muzik tanah air.
2. dialog- 3 kepentingan bersabar dan 3 cara meningkatkan kesabaran.
,sebagai kerja kelas atau kerja rumah, dalam ulasan blog. Tarikh mati: 12 sept
_______________________________________________________________

Artikel soalan 1:cyberita 1
Artikel soalan 2: cyberita 2

Read this document on Scribd: Karangan Menengah 3E 10 Sept

Ahad, 31 Ogos 2008

Khamis, 28 Ogos 2008

Tinggalkan soalan anda di sini 4N1/4N2/4N3/4N4

Wahai pelajar-pelajar menengah 4NA,



seperti yang anda ketahui bahawa peperiksaan Bahasa Melayu peringkat 'N' akan berlansung pada 2 haribulan September ini iaitu jatuh pada hari Selasa. Dengan itu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang imbuhan, peribahasa atau sebagainya, bolehlah tinggalkan pesan di hiperlink ulasan di bawah agar cikgu boleh menjelaskan apa yang 'kelabu'. Selain itu juga, cikgu ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi yang beragama Islam dan juga Semoga Maju Jaya bagi semua pelajar. Usaha dan sentiasa meminta kepada Tuhan agar kita berjaya dalam pelajaran untuk menabur bakti kepada jenerasi akan datang. Tanpa kejayaan anda, tanpalah kejayaan di masa depan.

Sekian,
Cikgu Liza

Khamis, 21 Ogos 2008

Ulasan filem Inggeris 3E & 3HMT

Kamu telah menonton filem Blades of Glory di kelas pada minggu ini. Cuba kamu catatkan pendapat kamu tentang filem tersebut. Pendapat kamu haruslah sepanjang 50-80 perkataan.




Ulasan filem oleh Zafir 3E3.

Chazz Michael Michaels dan Jimmy McElroy adalah dua orang pengelunsur ais artistik yang terkenal. Mereka juga adalah pesaing dan musuh dalam acara gelunsur ais perseorangan. Dalam satu pertandingan Olimpik, mereka dua mendapat markah seri dan menggondol pingat emas tetapi mereka tidak bersetuju dengan keputusan pengadil. Lalu, mereka pun bergaduh sehingga mencederakan maskot sukan olimpik di depan khalayak ramai. Oleh kerana itu, mereka berdua diharamkan masuk pertandingan individu sukan gelungsur ais. Disebabkan tiada lagi pilihan dan keinginan untuk masih bertanding dalam sukan kegemaran mereka, mereka bergabung tenaga dan bersaing dalam pertandingan antarabangsa kategori berpasangan. Bolehkah mereka bekerjasama dan berjaya?

Rabu, 13 Ogos 2008

Pengumuman Pembelajaran

http://YourGen.com/ - Text Generator
Pergi ke: http://melayukreatif.blogspot.com

Di situ cigku muatkan beberapa contoh karangan baik yang awak boleh gunakan sebagai contoh.

Pertimbangan 2NA

Assalamualaikum pelajar 2NA,

amatilah iklan di bawah dan suarakan perasaan kamu di ruang ulasan.

Cikgu Liza

Selasa, 12 Ogos 2008

Keputusan Peringkat 'O'

http://YourGen.com/ - Text Generator



http://YourGen.com/ - Text Generator
Text Generator - Glitter Text - Counters - YourGen.com - Find Sports Online


Keputusan PeperiksaanPertengahan Tahun Peringkat 'O' 2008.

________________________________________________________

Tahniah juga bagi pelajar-pelajar yang mendapat B3.

Nidia, Azlizah, Jason, Irfan, Syafiqah Awang, Dian, Eliza, Khairunniza, Eka, Ashikin, Liyana, Subhan dan Kevin.

Yang lain jangan putus asa tetapi kita harus terus berusaha dan belajar daripada kesilapan.

Cikgu Liza

Khamis, 7 Ogos 2008

Peperiksaan Prelim Peringkat Normal

Khas buat pelajar menengah 4NA,

Tarikh Peperiksaan Bahasa Melayu: Selasa, 12hb Ogos 2008
Kertas 1 ( Karangan)
Bahagian A: Penulisan surat formal kepada forum remaja/ Penulisan surat tidak formal mengenai acara Bulan Bahasa di sekolah.
Bahagian B: Karangan Deskriptif (aktiviti sekolah & keharmonian kaum)
Karangan Ekspositori (pelajar cemerlang)
Karangan Naratif

Kertas 2
Imbuhan
Kloze Prosedur
Peribahasa: Quran buruk, meski bertimbun dalam tanah namun teras timbul juga, rosak badan kerana penyakit rosak bangsa kerana laku, kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.
Kefahaman Objektif
Kefahaman Subjektif

Semoga anda semua maju jaya dan ingat apa yang kita buat hari ini pasti untuk kebaikan masa depan kita.

Cikgu Liza

Kembara Nusantara 3- Hari Pertama

Laporan dan gambar Kembara Nusantara 3: Sarawak.
Disediakan oleh Nina Amiliah 4E4, selaku ketua jawatan kuasa Kembara Nusantara 3.
Anggota Jawatan kuasa Kembara Nusantara 3: Sarawak
Nina Amiliah 4E4
Fatin 4E4
Fazlina 4E4
Siti Nabilla 4N3
Hazmi 4T1
Siti Khatijah 4N4
Khairuniza 5N1
kembaranusantaraftpss.blogspot.com

Isnin, 4 Ogos 2008

Selamat terbinanya sebuah teratak ilmu FTPSS.

Assalamualaikun bagi semua pelajar Bahasa Melayu FTPSS.

Tidak kira apa bangsa atau agama asalkan kamu pelajar bahasa Melayu di Sekolah Menengah Pertama Toa Payoh. Ruangan diari alam maya ini sengaja cikgu mulakan untuk memudahkan komunikasi pelajar dan guru selain daripada membuat kita sejajar dengan perubahan zaman yang memanfaatkan kehidupan manusia kini. Diari ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran akademik pelajar dalam Bahasa Melayu dan juga berkongsi pandangan serta cerita yang dapat meningkatkan eq serta iq pelajar. Akhir sekali, moga kita semua dapat mempertingkatkan nama Melayu di FTPSS serta mengharumkan bangsa Melayu (termasuk bangsa Indonesia, Jawa, Boyan, Bugis dan sebagainya kerana kita serumpun) di muka bumi ini.

Amin

Cikgu Liza