Berita hangat.

Jumaat, 27 Mac 2009

Pertandingan Deklamasi Sajak NUS


http://YourGen.com/ - Text Generator
Text Generator - Glitter Text - Counters - YourGen.com - Find Sports Online


Mari saksikan dan beri sokongan kepada kumpulan penyajak kita yang akan bertanding ESOK, 28 Mac 2009, di Dewan Kuliah LT 13, NUS. Harga tikit hanya $5 dan anda boleh dapatkannya di luar dewan pada hari tersebut. Siapa lagi yang akan sokong Melayu, kalau bukan kita sendiri pelajar Bahasa Melayu.


Nama peserta: Aiza & Nurul Ain (1T1), Hajar (2N1), Amirul (4N3), Ennis (4E3) & Halim (4E1).

Cikgu Liza


Jumaat, 13 Mac 2009

Perkhemahan Bahasa dan Budaya bagi Persediaan Peperiksaan Peringkat Nasional

Assalamualaikum para pelajar dan ibu bapa,

pihak sekolah telah memaklumkan akan adanya bengkel bahasa dan budaya bagi persediaan peperiksaan peringkat nasional untuk pelajar menengah 4E, 4NA & 5NA pada cuti sekolah akan datang. Bengkel ini adalah WAJIB bagi setiap pelajar. Sesiapa yang tidak hadir, harus memberikan surat doktor kerana jika tidak, tindakan disiplin akan diambil. Para pelajar diminta hadir tepat pada waktunya dan juga harus mengenakan pakaian sekolah yang lengkap. Di bawah ada tercatat butiran ringkas tentang bengkel tersebut:-

Bengkel Bahasa & Budaya Menengah 4 & 5
Tarikh: 19 Mac 2009, Hari Khamis
Tempat: Bilik AVA
Masa: 9 pagi - 5.30 petang
Harga: $20 (edusave), $20 (tunai)
Pakaian: Seragam sekolah dan sepatu

Cikgu Liza
Guru Bahasa Melayu

Rabu, 11 Mac 2009

Kisah Hang Tuah, pahlawan Melayu.



Filem: Hang Tuah
Pengarah: Phani Majumdar
Terbitan: Malay Film Productions Ltd
Pelakon: P.Ramlee, Ahmad Mahmood, Noordin Ahmad, S.Shamsudin, Aziz Satar, Saadiah,
Zaiton, Haji Mahadi, S.Kadarisman dan Daeng Idris

Sinopsis filem

Pada zaman kesultanan Melaka, ada seorang pahlawan Melayu bernama Hang Tuah yang gagah dan taat setia kepada sultannya. Oleh kerana cintanya kepada Sultan, dia sanggup ke Pahang untuk memperdayakan Tun Teja agar dapar dijadikan permaisuri Sultan. Namun jasanya terhadap Sultan luput begitu sahaja apabila Hang Tuah terjerumus ke dalam perangkap Pateh Karma Wijaya lalu dihukum pancung oleh Sultan kerana melanggar peraturan istana. Keris Taming Sari dirampas oleh Sultan dan diberikan kepada Hang Jebat bagi menggantikan tempat Hang Tuah. Demi menegakkan kebenaran, Hang Jebat menderhaka dan membunuh rakyat-rakyat Melaka. beliau juga ingin membunuh Sultan untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Keadaan di Melaka menjadi padang jarak, padang terkukur sehinggalah Hang Tuah yang disangkakan mati dibebaskan daripada tempat persembunyian Datuk Bendahara. Hang Tuah langsung menjunjung titah pergi membunuh Hang Jebat, si penderhaka.

Md Haiquel

4N3

____________________________________________________________

Siapakah yang benar? Hang Tuah atau Hang Jebat?

Berikan alasan kamu.