Berita hangat.

Rabu, 11 Mac 2009

Kisah Hang Tuah, pahlawan Melayu.



Filem: Hang Tuah
Pengarah: Phani Majumdar
Terbitan: Malay Film Productions Ltd
Pelakon: P.Ramlee, Ahmad Mahmood, Noordin Ahmad, S.Shamsudin, Aziz Satar, Saadiah,
Zaiton, Haji Mahadi, S.Kadarisman dan Daeng Idris

Sinopsis filem

Pada zaman kesultanan Melaka, ada seorang pahlawan Melayu bernama Hang Tuah yang gagah dan taat setia kepada sultannya. Oleh kerana cintanya kepada Sultan, dia sanggup ke Pahang untuk memperdayakan Tun Teja agar dapar dijadikan permaisuri Sultan. Namun jasanya terhadap Sultan luput begitu sahaja apabila Hang Tuah terjerumus ke dalam perangkap Pateh Karma Wijaya lalu dihukum pancung oleh Sultan kerana melanggar peraturan istana. Keris Taming Sari dirampas oleh Sultan dan diberikan kepada Hang Jebat bagi menggantikan tempat Hang Tuah. Demi menegakkan kebenaran, Hang Jebat menderhaka dan membunuh rakyat-rakyat Melaka. beliau juga ingin membunuh Sultan untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Keadaan di Melaka menjadi padang jarak, padang terkukur sehinggalah Hang Tuah yang disangkakan mati dibebaskan daripada tempat persembunyian Datuk Bendahara. Hang Tuah langsung menjunjung titah pergi membunuh Hang Jebat, si penderhaka.

Md Haiquel

4N3

____________________________________________________________

Siapakah yang benar? Hang Tuah atau Hang Jebat?

Berikan alasan kamu.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hang Jebat,
kerana Jebat mempunyanyi sifat dan pemekirian yg benar.dan dia tidak ikot perintah sultan yg kurang pandai itu.

Rohaizan/Younus/Edward..

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, Hang Jebat yang benar kerana dia telah menolong kawannya, Hang Tuah untuk membalas dendam.Sebagai kawan, dia telah membela kawannya tetapi dibenci oleh ramai kerana pada pandangan orang, caranya amat keterlaluan. Walaupun dibenci oleh ramai orang, dia tetap meneruskan niatnya untuk melawan demi keadilan. Bak pepatah biar muka diconteng arang, namun kebenaran mesti dijunjung.

AIN RAUDHAH 4N4 & 4N1(:

Tanpa Nama berkata...

cerita hang tuah sungguh menarik.ia menunjukkan bahawa bagaimana kehidupan di zaman kesultanan.
nama:hazri/Nuruddin

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan saya,di dalam situasi yang ditunjuki,Hang Jebat adalah orang yang benar.Oleh kerana beliau hendak menuntut bela kematian Hang Tuah yang dizalimi Fitnah.Walaubagaimanapun,Hang Tuah telah dibutai ketaatannya terhadap Sultan sehinggakan tidak lihat niat baik kawannya itu.Dengan itu,saya berasa bahawa Hang Tuah adalah orang yang salah disudut tersebut.

(jaffer dan fahmi 4n1)

Tanpa Nama berkata...

hang tuah ialah seorang pahlawan yang taat setia kepada sultan.maka itu,hang tuah sanggup berbuat apa-apa demi sultan.hang jebat pula seorang pahlawan yang tahu mana yang benar atau salah tetapi beliau terlalu mengikutkan perasaannya.pada pendapat saya,hang jebat lah yang benar kerana beliau sanggup menderhaka dan membunuh rakyat-rakyat Melaka demi menegakkan kebenaran.hang jebat juga sanggup membalas dendam akan perintah sultan yang menyuruh Datuk Bendahara membunuh hang tuah tanpa usul periksa.


Rosziana bibi & Amelia
4N2 & 4N4

Tanpa Nama berkata...

cikgu ni baru nye...
pada pendapat saya Hang TuaH dan hang Jebat same2 betol...Jebat tidak patut membunoh sultan kerana dier tidak dia tidak bole ikot perasaan dan dia harus fikir tentang orang lain...dan Tuah juga betol kerana dia mesti mengikuti perintah sultan,kalau tidak dier derhaka...

RoHaiZan(graffito)4N3...