Selasa, 30 Jun 2009
Ujian Oral Peringkat O
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Lihat nama di papan tulis di foyer sekolah.
Pastikan kamu kelihatan kemas dalam pakaian sekolah.
Bawa Kad Pengenalan & Surat Pengesahan Peperiksaan.
Kamu harus melaporkan diri kepada Madam Goh atau Madam Tan di dewan sekolah tepat pada pukul 1.45 ptg.
Senarai nama pelajar yang menduduki peperiksaan pada tarikh:-
1. Jumaat, 3 Julai 2009
Lenny, Natasha Banu, Rozianah Kambali, Zafir, Ennis, Fithri, Zulqisti, Jaffer, Fahmi, Ilyas, Raudhah, Rosziana Bibi, Amin, Azrul dan Rinawati.
2. Selasa, 7 Julai 2009
Eka, Mariana, Fazil, Firman, Nurayan, Ashiqin dan Nabiilah.
Semoga maju jaya.
Cikgu Liza, Cikgu Syarifah & Cikgu Fendi.
Jumaat, 29 Mei 2009
Peperiksaan Bahasa Melayu Peringkat 'O' bulan Jun
Myspace Fun Flash Comments
Jangan lupa bawa dokumen pengesahan anda dan kad pengenalan. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur secukupnya. Jangan terlewat ya. Hadirlah pada jam 7.30 pagi agar tidak kelam kabut.
Cuti Sekolah Semester 1
Selamat bercuti dan tahniah atas keputusan anda. Namun, jika ada yang kurang berjaya diharap dapat berusaha sekali lagi dan janganlah berputus asa. Bagi yang telah diberikan kerja rumah, harap dibuat dan jaga-jagalah kesihatan diri.
Jalan-jalan di kota Melaka
Singgah rehat di Kampung Suji
Kalau bercuti, bercuti juga
Jangan lupa mengulang kaji
Kerja rumah
4N- Projek Karangan, emel surat kiriman (5 Jun 2009) dan karangan deskriptif (13 Jun 2009) kepada melayuftp@yahoo.com.
4T- Kompilasi kertas kefahaman
3HMT- Kompilasi kertas bahasa
2E- Karangan
Cikgu Liza
Jumaat, 27 Mac 2009
Pertandingan Deklamasi Sajak NUS
Text Generator - Glitter Text - Counters - YourGen.com - Find Sports Online
Mari saksikan dan beri sokongan kepada kumpulan penyajak kita yang akan bertanding ESOK, 28 Mac 2009, di Dewan Kuliah LT 13, NUS. Harga tikit hanya $5 dan anda boleh dapatkannya di luar dewan pada hari tersebut. Siapa lagi yang akan sokong Melayu, kalau bukan kita sendiri pelajar Bahasa Melayu.
Nama peserta: Aiza & Nurul Ain (1T1), Hajar (2N1), Amirul (4N3), Ennis (4E3) & Halim (4E1).
Cikgu LizaRabu, 18 Mac 2009
Menengah 4E/4N/5N Latihan Lisan
http://www.GraffitiGen.com/ - Graffiti Creator - MySpace Layouts - goJoin Sports
Baca arahan dalam slaid powerpoint.
TUGASAN_LISAN_CUTI_MAC_4E_5N_4N
Cikgu Syarifah
Jumaat, 13 Mac 2009
Perkhemahan Bahasa dan Budaya bagi Persediaan Peperiksaan Peringkat Nasional
pihak sekolah telah memaklumkan akan adanya bengkel bahasa dan budaya bagi persediaan peperiksaan peringkat nasional untuk pelajar menengah 4E, 4NA & 5NA pada cuti sekolah akan datang. Bengkel ini adalah WAJIB bagi setiap pelajar. Sesiapa yang tidak hadir, harus memberikan surat doktor kerana jika tidak, tindakan disiplin akan diambil. Para pelajar diminta hadir tepat pada waktunya dan juga harus mengenakan pakaian sekolah yang lengkap. Di bawah ada tercatat butiran ringkas tentang bengkel tersebut:-
Bengkel Bahasa & Budaya Menengah 4 & 5
Tarikh: 19 Mac 2009, Hari Khamis
Tempat: Bilik AVA
Masa: 9 pagi - 5.30 petang
Harga: $20 (edusave), $20 (tunai)
Pakaian: Seragam sekolah dan sepatu
Cikgu Liza
Guru Bahasa Melayu
Rabu, 11 Mac 2009
Kisah Hang Tuah, pahlawan Melayu.
Filem: Hang Tuah
Pengarah: Phani Majumdar
Terbitan: Malay Film Productions Ltd
Pelakon: P.Ramlee, Ahmad Mahmood, Noordin Ahmad, S.Shamsudin, Aziz Satar, Saadiah,
Zaiton, Haji Mahadi, S.Kadarisman dan Daeng Idris
Sinopsis filem
Pada zaman kesultanan Melaka, ada seorang pahlawan Melayu bernama Hang Tuah yang gagah dan taat setia kepada sultannya. Oleh kerana cintanya kepada Sultan, dia sanggup ke Pahang untuk memperdayakan Tun Teja agar dapar dijadikan permaisuri Sultan. Namun jasanya terhadap Sultan luput begitu sahaja apabila Hang Tuah terjerumus ke dalam perangkap Pateh Karma Wijaya lalu dihukum pancung oleh Sultan kerana melanggar peraturan istana. Keris Taming Sari dirampas oleh Sultan dan diberikan kepada Hang Jebat bagi menggantikan tempat Hang Tuah. Demi menegakkan kebenaran, Hang Jebat menderhaka dan membunuh rakyat-rakyat Melaka. beliau juga ingin membunuh Sultan untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Keadaan di Melaka menjadi padang jarak, padang terkukur sehinggalah Hang Tuah yang disangkakan mati dibebaskan daripada tempat persembunyian Datuk Bendahara. Hang Tuah langsung menjunjung titah pergi membunuh Hang Jebat, si penderhaka.
Md Haiquel
4N3
____________________________________________________________
Siapakah yang benar? Hang Tuah atau Hang Jebat?
Berikan alasan kamu.
Khamis, 26 Februari 2009
15 Februari 2009- Hari Pertahanan Mutlak.
Berikan pandangan dan pendapat kamu tentang aktiviti darmawisata pertahanan mutlak yang diadakan untuk kelas kamu. Pandangan kamu harus mengandungi tempat yang kamu pergi, perkara menarik yang kamu pelajari dan akhir sekali, adakah kamu berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan?
Cikgu Liza