Berita hangat.

Khamis, 21 Ogos 2008

Ulasan filem Inggeris 3E & 3HMT

Kamu telah menonton filem Blades of Glory di kelas pada minggu ini. Cuba kamu catatkan pendapat kamu tentang filem tersebut. Pendapat kamu haruslah sepanjang 50-80 perkataan.




Ulasan filem oleh Zafir 3E3.

Chazz Michael Michaels dan Jimmy McElroy adalah dua orang pengelunsur ais artistik yang terkenal. Mereka juga adalah pesaing dan musuh dalam acara gelunsur ais perseorangan. Dalam satu pertandingan Olimpik, mereka dua mendapat markah seri dan menggondol pingat emas tetapi mereka tidak bersetuju dengan keputusan pengadil. Lalu, mereka pun bergaduh sehingga mencederakan maskot sukan olimpik di depan khalayak ramai. Oleh kerana itu, mereka berdua diharamkan masuk pertandingan individu sukan gelungsur ais. Disebabkan tiada lagi pilihan dan keinginan untuk masih bertanding dalam sukan kegemaran mereka, mereka bergabung tenaga dan bersaing dalam pertandingan antarabangsa kategori berpasangan. Bolehkah mereka bekerjasama dan berjaya?

13 ulasan:

Qurrah Bte Shumar berkata...

Pada pendapat saya, filem Blades Of Glory sangat menghiburkan dan lucu. Namun, ia sungguh tidak senonoh dan tidak sesuai untuk anak-anak kecil. Filem tersebut mengajar kami penonton bahawa kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain itu penting. Keseluruhan, saya rasa filem ini harus ditonton oleh remaja-remaja untuk menghiburkan diri.

- Qurrah :D

Tanpa Nama berkata...

saya rasa yang filem ini sungguh hebat kerana kami boleh rasai apa yang mereka rasakan.bagai mana mereka perna menjadi musuh hingga ke kawan baik dan terakhir mereka mengata yang mereka adalah seperti adik dan abang.sungguh emosi.ada jugak senario yang lucu seperti semasa mereka sedang mempersembahkan bakat mereka di ais.pertama kali saya lihat lelaki berpasangan bersama lelaki dalam sukan tersebut.ada senario yang kanak-kanak kecil tidak harus dengar atau lihat.mereka ada mengunakan perkataan kasar.bagi saya,biar remaja dan yang dewasa sahaja menonton filem ini.jangan beri kanak-kanak lihatinya.haram nama nya.haha:DD

lenny' (:

Rozy berkata...

Pendapat saya tentang filem Blades adalah filem ini ada nilai perlajaran kerana filem ini mengajarkan remaja seperti kita ini untuk jangan cepat berserah apabila ad penghalang . Walaupun ada perkataan kesat yang dikeluar dari mulut perlakon, ia tidak bermakna yang remaja tidak boleh menonton filem ini kerana lambat- laun remaja akan tahu makna dalam perkataan kesat itu. Dalam filem ini juga ia mengajar remaja untuk berkerja sama dengan kawan atau musuh untuk mencapai impian diri sendiri. Filem ini juga mengajar kita untuk tidak mengguna cara kotor untuk mencapai impian .Falem ini bagus untuk ditayangkan untuk remaja kerana filem ini banyak mengajar remaja tentang mencapai impian dengan cara betul dan filem ini sangat lucu dan menghiburkan remaja . Filem ini boleh meredakan stres remaja dengan pelajaran...

Rozianah...3e3...22/08/2008...

Zookeeper berkata...

Apabila saya menonton filem ini, saya boleh ketawa hingga perut saya sakit. Filem ini sungguh lucu tetapi ada kelemahannya juga. Filem ini menggunakan kata-kata kesat. Filem tersebut menunjukkan bagaimana kerjasama boleh membawa kita. Daripada musuh, mereka menjadi seperti adik-beradik. Jadi, filem ini tidak harus dilihat oleh kanak-kanak kerana mereka boleh belajar benda dan perkataan yang tidak senonoh.

Zulqisti O_O

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, filem itu sangat mengelikan hati saya. sangat lucu hingga tak kering gusi. sememangnya, filem ini tidak bergitu sesuai untuk kanak-kanak. begitu banyak kata-kata kesat dan gambar-gambar lucah. tetapi, banyak makna-makna yang ingin di beri tahu daripada orang yang membuat cerita ini. pengajaran dan moral yang ingin di beri tahu ialah supaya jangan mementingkan diri sendiri keranakan menyesal pada akhirnya, pengeratan antara dua orang musuh atau pesaing boleh menjadi hubungan antara dua orang abang, jangan mengambil kesempatan daripada orang lain dan banyak lagi. dengan ini, saya akhiri ulasan saya.terimakasih.

nat a.ka. natasha berkata...

Saya rasa filem ini sungguh lucu. Ia amat menarik tetapi ia juga ada banyak kata kesat. Walau bagaimanapun, ia membuktikan bahawa dua orang musuh boleh bekerjasama dan berjaya akhirnya. Meraka harus memahami satu sama lain untuk berjaya. Filem ini juga membuktikan bahawa dua orang lelaki bolen berjaya dalam sukan gelungsur ais jika mereka bekerjasama.

Kevin Tandiono berkata...

Filem Blades of Glory ialah filem yg sungguh membuat saya tertawa terbahak-bahak. Selain lucu dan menghibur, filem ini juga memberi contoh bahawa di dalam permainan gelungsur ais juga boleh ada tim berpasangan antara dua lelaki. Sebelumnya, pasangan laki-laki yg bermain gelungsur ais akan dianggap sebagai homoseksual. Ini mengajari saya untuk tidak takut mencuba sesuatu yang baharu, walaupun boleh mengundang kontroversi.

Akan tetapi, saya rasa Blades of Glory tidak pantas ditunjukkan kepada kanak-kanak yang masih kecil, kerana di filem ini terdapat beberapa kata yang tidak senonoh. Anak-anak yang masih belum mengerti boleh sahaja menggunakan kata-kata kotor tersebut di dalam kehidupan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Filem ini mengisahkan dua orang pemain sukan gelungsur ais yang sama handalnya.Pada awalnya,mereka sering bermusuhan dan bersaing secara sengit.Memang tidak boleh bersama mereka berdua itu.Ada sahaja perkara yang ingin dipertikaikan apabila mereka bertembung.Walaubagaimanapun,pelatih mereka mendapati bahawa suatu keajaiban akan berlaku jika mereka digandingkan bersama.Dalam keadaan terpaksa,mereka akhirnya bersetuju untuk membentuk satu pasukan dan bekerjasama.Hanya inilah satu-satunya cara untuk mereka mejulang kejuaraan di arena pertandingan.Lebih-lebih lagi dalam situasi mereka yang selalu diancam oleh pasukan lawan yang tidak kurang hebatnya.Justeru,dapatlah saya simpulkan bahawa filem ini mengajar kita betapa hebatnya kuasa bekerjasama melalui plot ceritanya yang unik dan tersendiri.

An-Naafi_RonalFi berkata...

Pada pendapat saya, filem tersebut memaparkan kandungan yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan juga keburukan. Contoh-contoh kebaikan filem yang telah ditunjukkan adalah seperti yang ditonjolkan oleh dua pelakon filem tersebut: jimmy macelroy dan chazz michael michaels yang telah menyampaikan unsur-unsur semangat perpaduan semasa melakukan persembahan gelungsur ais di mana jimmy macelroy sangat berani membuat keputusan supaya menukar posisi untuk membuat persembahan tersebut. Di samping itu, Chazz michael michaels juga setuju dengan keputusan jimmy dan mereka berjaya menarik perhatian pengadil. Filem tersebut juga membuat kita bergelak ketawa. Namun, filem tersebut juga ada memaparkan unsur-unsur lucah dan juga kata-kata kesat yang tidak sedap untuk ditontoni.

Keseluruhannya, saya berpendapat bahawa filem tersebut boleh ditontoni oleh remaja-remaja seperti kita tetapi kita tidak harus mudah dipengaruhi dan mengikuti perkara-perkara yang tidak senonoh. Bagaimanapun, filem tersebut boleh ditontoni untuk hiburan sendiri ataupun bersama kawan-kawan...

ArCHAnGL berkata...

Menurut pendapat saya, filem Blades of Glory ialah suatu filem yang boleh menghiburkan walaupun tidak cocok ditonton oleh anak-anak kecil. Fliem ini mengandung beberapa informasi seputar sukan gelungsur ais dan juga boleh mengajarkan bahawa kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain boleh memberi kejayaan. Filem ini akan saya rekomendasikan kepada kalangan remaja dan dewasa.

Alan (3E1/14)

ArCHAnGL berkata...

Pada pendapat saya, filem Blades Of Glory sangat menarik dan lucu dan boleh menghiburkan semua lapisan usia kecuali budak-budak kerana filem ini menggunakan kata-kata yang tidak sopan. Di dalam filem ini mempersembahkan dua orang lelaki yang sangat mahir dalam gelungsur ais dan dipilih untuk memasuki pertandingan gelungsur ais. Walaupun pertunjukan mereka terlihat agak menjijikan, teatpi filem ini menunjukkan berapa pentingnya kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain untuk membuat suatu pertunjukkan yang cemerlang. Saya menggalakkan semua remaja dan orang-orang dewasa untuk menonton filem ini.

Halim 3E1

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa filem ini sangat lucu dan bernilai walaupun dalam filem ini ada perbualan yang amat kesat dan lakonan yang tidak senonoh.Namun, filem ini tidak sesuai bagi kanak-kanak.Di sebalik ini,nilai-nilai filem Blades of Glory ini, seperti kerjasama dan kepentingannya hubungan antara Jimmy dan Chazz, telah menghiburkan ramai penonton terutama sekali pegelunsur ais..

zafir

Melayu@ FTPSS berkata...

Tentu sekali filem Blades of Glory amat menarik. Selain daripada saluran melepaskan stres kerana berjaya membuat kita tidak kering gusi, ia memgandungi beberapa unsur pengajaran yang menarik. Persahabatan, kerjasama, kreativiti, ketekunan dan berbagai lagi. Walaupun ada juga diselitkan unsur-unsur lucah sebagai bahan lucu dan kata-kata kesat, bagi saya wajarlah kita sebagai penonton dewasa untuk mengambil patinya dan buang hampasnya. Jika kanak-kanak ingin menonton, haruslah dikawal ketat oleh orang dewasa dan perlulah sering diteguri tentang beberapa senario kurang menarik dalam cerita. Begitu juga dengan penonton daripada golongan remaja. Yang penting, jangan kita stereotaip seseorang lelaki yang lebih terserlah kelembutan jiwanya dengan homoseksual atau 'gay' kerana ia merupakan satu fitnah. Semua orang mempunyai perasaan dan wajarlah kita menghormati orang itu dengan seadanya jika dia seorang yang berakhlak baik.

Cikgu Liza