Berita hangat.

Rabu, 13 Ogos 2008

Pertimbangan 2NA

Assalamualaikum pelajar 2NA,

amatilah iklan di bawah dan suarakan perasaan kamu di ruang ulasan.

Cikgu Liza

18 ulasan:

<>JhonSon<> berkata...

Filem ini mencerminkan bahawa walaupun kita berbuat buruk kepada orang tua tetapi mereka masih sahaja menolong yang mengalami kesusahan......

Tanpa Nama berkata...

Saya berasa kecewa pada pemandu itu,sedih pada pakcik itu dan terharu pada pakcik itu kerana dia telah membantu pemandu itu apabila kemalangan.

-Huda

Tanpa Nama berkata...

org yg memandu kereta itu,sangat sombong dan tidak mahu berhenti keretanya untuk menumpangi orang tua itu saya berasa kecewa dan amat marah kerana selepas dia berhenti org tua itu bergegas ingatnya pemuda itu ingin menumpanginya tetapi memperbodoh bodohkan org tua itu selepas kejadian itu dia menemui daulatnya tetapi org tua itu tetap mahu menolong pemuda itu -Yusoff
- Hazlan

Tanpa Nama berkata...

Saya berasa sedih dan terharu setelah melihat video tersebut.
Perangai lelaki itu tidak menunjukkan simpati langsung.
Dia tidak memberi pertolongan kepada pakcik itu.
Tetapi akhirnya, pakcik itu yang menolongnya.

-Khaliq & Naz-

ct berkata...

elow....i find cerite ni gerek n interesting...btw...hAV FUN N ENJOYZZ...

signing out..
ct n fir...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Saya berasa sedih dan terharu setelah melihat video tersebut.
Perangai lelaki itu tidak menunjukkan simpati langsung.
Dia tidak memberi pertolongan kepada pakcik itu.
Tetapi akhirnya, pakcik itu yang menolongnya.

-Khaliq & Naz-

Unknown berkata...

filem yang terbaik saya menonton...

Tanpa Nama berkata...

KELAKAR RABAK.. lelaki di dalam kereta tidak ade kesabaran dan tidak ade hati perut. kalau nak tunggu, tunggu sahaja lah. Lekaki tua yang pakai payung sungguh baik hati.
RaidaH n FaRaH

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa pemuda itu tidak sepatutnya meninggalkan pak cik itu....walaupun dia tidak sabar untuk berbuka puasa....

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bahawa orang yang memandu kereta itu tidak patut meninggalkan orang tua itu di dalam keadaan hujan lebat kerana bukan sahaja dia yang berpuasa tetapi orang tua itu pun.Kita sepatutnya menolong orang yang di dalam kesusahan.

Kesian orang tua itu dah lari-lari lepas itu kena tinggalkan.

Aizat & Farid ( Romeo hensem)

Tanpa Nama berkata...

Saya berasa gembira kerana dalam video ini walaupun pemuda yang sedang memandu kereta itu terkena kemalangan pak cik itu setia menolongnya.Dan sebagai orang islam kami patut tolong-menolong orang yang sedang susah.
sholeh n indra
(mat tak larat)

Tanpa Nama berkata...

saya rasa bahawa pemuda itu tidak sepatutnya meninggalkan pak cik itu walaupun dia tidak sabar untuk buka puasa...

-Farahin & Khalisah

ct berkata...

saya rasa lelaki itu tidak patut meninggal kan lelaki tua itu.... walaupun dia dh terlambat...firdaus

Tanpa Nama berkata...

hello! Saya kasihan dengan orang tua itu ... kita mesti menghormati orang tua. lelaki itu sanggup tinggalkan orang TUA!!! itu... hai hai hai.. HAIYA!!
daripada farisah and joann

Tanpa Nama berkata...

saya rasa cerita ini sangat BAIK untuk dijadikan satu tauladan.Sebagai umat islam kita harus menolong antara satu sama lain...sekian terima kasih...

ct...n...fir....

Tanpa Nama berkata...

kita berasa sedih apabila pakcik itu ditinggal oleh pemandu itu.Padahal pemandu itu telah berhenti tetapi ternampak batu nisan.Sungguh hairan..haish..Apebila dier terlanggar pokok ,kita terasa terkejut..kami ingatkan dier sudah mampus..tetapi dia ada airbag menyelamatnya..hahas..
pakcik tu pun menolong pemandu itu..haish..ingatkan cerita seram rupanya ......

Dari
Zulhilmi AKA boiiz
YAqzan AKA Alamak

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula, cikgu ingatkan lelaki itu zalim kerana tidak mahu berhenti untuk menumpangkan orang tua yang basah kuyup itu. Namun apabila dia berhenti, terasa terharu sebab ada juga manusia yang mempunyai hati budi. Malangnya kerana orang tua itu terkedek-kedek dan perut si anak muda itu tidak sabar menahan lapar untuk berbuka di rumah, dia pun meninggalkan orang tua itu dalam keadaan marah. Tuhan Maha Kaya, pada bulan mulia itu Tuhan telah menunjukkan kebesarannya dengan memberi pengajaran kepada pemuda itu dan juga saya. Saya sedar untuk membantu seseorang haruslah banyak bersabar dan tidak boleh mementingkan diri sendiri. Saya ibaratkan diri saya lelaki yang memandu kereta itu dan awak semua yang terkapai-kapai merentasi hujan lebat dengan hanya berbekalkan sebatang payung lusuh.
* Banyak yang sebenarnya saya pelajari daripada awak semua.

Cikgu Liza
Guru Bahasa Melayu 2NA