Berita hangat.

Isnin, 4 Ogos 2008

Selamat terbinanya sebuah teratak ilmu FTPSS.

Assalamualaikun bagi semua pelajar Bahasa Melayu FTPSS.

Tidak kira apa bangsa atau agama asalkan kamu pelajar bahasa Melayu di Sekolah Menengah Pertama Toa Payoh. Ruangan diari alam maya ini sengaja cikgu mulakan untuk memudahkan komunikasi pelajar dan guru selain daripada membuat kita sejajar dengan perubahan zaman yang memanfaatkan kehidupan manusia kini. Diari ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran akademik pelajar dalam Bahasa Melayu dan juga berkongsi pandangan serta cerita yang dapat meningkatkan eq serta iq pelajar. Akhir sekali, moga kita semua dapat mempertingkatkan nama Melayu di FTPSS serta mengharumkan bangsa Melayu (termasuk bangsa Indonesia, Jawa, Boyan, Bugis dan sebagainya kerana kita serumpun) di muka bumi ini.

Amin

Cikgu Liza

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.